Selamat Datang dan Selamat Mengunjungi Blog Indah Hidup Berjaya

Saya harap kunjungan sahabat akan mendekatkan atau mengecilkan lagi jurang menuju kejayaan yang dicari selama ini. Komentar dan sumbangan sahabat teramat dihargai. Together We Succeed.

Ahad, 2 Disember 2007

Indah Hidup Berjaya 1

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali hari ini. Ya agak lama juga blog ini tidak di update, sebab saya berada di Perak untuk mengembangkan jaringan perniagaan saya.

"Jaringan perniagaan saya" ? Ya jaringan perniagaan saya didalam network marketing. Bidang ini telah saya ceburi secara serious full-time sejak 1998 lagi. Masa kegawatan ekonomi melanda Malaysia dan Asia. Syukur saya kerana bisnes ini benar-benar menjadi penyelamat keadaan saya ketika itu. Sebelum kegawatan saya adalah seorang Mechanical Engineer, glamour sebab engineer, belajar sampai ke Amerika tapi makan gaji. Habis bulan habis gaji. Periuk besar kerak pun besarlah.

Hari ini, alhamdulillah saya tenang, sibuk, menjadi boss kepada diri sendiri, dapatlah menikmati dan memiliki apa yang barangkali tak mungkin dapat jika terus makan gaji. Terpenting kerjaya sekarang teramat menyeronokkan dan ia banyak mengubah dan mencorakan peribadi saya.

Saya akan bincang panjang lebar dipos-pos akan datang akan banyak lagi perkara-perkara menarik mengenai network marketing ini.

Hari ini ungkapan "The size of your success is determine by the size of your believe" ungkapan dari buku The Magic of Thinking Big. Teramat benar!!! saiz kejayaan kita ditentukan oleh saiz kepercayaan kita. Lebih kuat, mendalam, kukuh, mantap dan padu apa yang kita percayai adalah penentu besar kejayaan yang bakal kita nikmati.

Sekiranya kita diberi kesempatan untuk menemuramah mereka yang berjaya kita akan dapati mereka teramat kuat keyakinan dan kefahaman luar-dalam terhadap apa yang mereka tekuni. Keyakinan dan kegairahan mereka menenggelamkan segala pahit maung, jatuh bangun, suka duka dan ranjau yang mereka tempuhi. Memang ada luka dan gurisan hati tapi akan hanya kedengaran sekejap sahaja atau sedikit sangat, kadangkala kerana ditanya baru diberitahu. Rungutan, kesal dan kecewa sebagai nada dan tanda putus asa jauh sekali.

Segalanya itu berlaku adalah kerana hajat, cita-cita dan harapan menjadi matlamat atau tujuan utama yang mengatasi segalanya. Mereka tiada masa untuk membenarkan luka, gurisan dan segala perkara remeh melekat dihati dan mengabui fikiran mereka. Mindset mereka teramat teguh dan jernih. Perjalanan menuju jaya bagi mereka adalah pencorak keperibadian dan pembentuk image baru mereka. Hari demi hari mematangkan dan memperkayakan mereka dalam segala segi.

Satu perkara besar yang mereka lakukan untuk mencapai kejayaan adalah pengorbanan yang besar. Lebih besar pengorbanan maka lebih besarlah kejayaan - ini adalah hukum kehidupan dan kejayaan.

Jom kita berjaya kerana "Indah Hidup Berjaya".

Ikhlas - Shukri.