Selamat Datang dan Selamat Mengunjungi Blog Indah Hidup Berjaya

Saya harap kunjungan sahabat akan mendekatkan atau mengecilkan lagi jurang menuju kejayaan yang dicari selama ini. Komentar dan sumbangan sahabat teramat dihargai. Together We Succeed.

Khamis, 15 November 2007

Gandingan Maklumat dan Sikap

Salam sejahtera dan selamat kembali ke blog Indah Hidup Berjaya.

Dalam post saya yang lepas saya telah menjelaskan akan peri pentingnya maklumat yang betul, tepat dan benar sebagai asas menuju jaya. Maklumat adalah perkara luaran yang dibawa masuk kedalam pemikiran sipencari atau sipenerima maklumat. Maklumat yang masuk ke fikiran itu akan hanya tinggal begitu sahaja seandainya tuan punya diri tidak berusaha melebarkan atau meneroka dengan lebih mendalam lagi agar maklumat tersebut menjadi suatu penyataan atau gambaran yang teramat jelas (crystal clear). Hanya sanya gambaran yang jelas ini sahaja yang akan memberikan hasil yang benar dan bernilai.

Diperingkat dan tahap inilah yang menjadi pemisah antara yang berjaya dengan yang gagal, yang kaya dan yang miskin, yang mulia dengan yang hina. Maklumat adalah barangan yang tidak 'bertuan' ia adalah nutral, tiada batas waktu mahupun sempadan. Dunia yang berkembangan hari ini dari tiada kepada ada ini, kepesatannya adalah dimulai dengan maklumat. Maklumat yang datang hasil penerokaan, kajian, penyelidikan dan pengalaman yang berjaya digarapkan, disatukan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Maklumat tidak pernah kehabisan atau tepu. Selagi ada kemahuan maka selagi itu kita tidak akan ketandusan kemajuan kerana maklumat yang bakal diperolehi bergantung kepada sikap kita terhadapnya.

Sikap atau attitute adalah jambatan yang menghubungkan antara maklumat yang hanya diperingkat awangan, idea atau konsep semata-mata yang kemudiannya menjadi realiti. Sikap adalah penentu kepada sejauh mana tahap kesungguhan kita dalam menterjemahkan maklumat tersebut supaya menjadi realiti yang mantap, menarik dan bernilai tinggi.

Dikesempatan ini suka saya kongsi dengan sahabat akan kata-kata agung yang pernah disebut oleh pelukis terkenal dunia
Pablo Picasso (1881-1973),

"I paint objects as I think them,
NOT as I see them
"
(Aku melukis gambar adalah seperti apa yang aku fikirkan ia
BUKAN seperti apa yang aku lihatnya).




Kata-kata beliau ini mencerminkan betapa beliau
  • menghormati idea yang ada dalam kotak pemikirannya
  • mempercayai bayangan, gambaran dan idea tersebut
  • menyakini bahawa ia adalah benar-benar bernilai dan cantik
  • menghormati keupayaan diri sendiri
  • menghargai apa yang ada pada dirinya
  • memiliki keyakinan diri yang tinggi
  • tidak bergantung pada pandangan orang lain - "takut apa orang lain kata"
Akhirnya hari ini lukisan karyanya bernilai jutaan dollar, contoh Garcon La Pipe dihargai dan dibeli oleh orang pada harga USD 104 juta , banyak lagi hasil karyanya yang berharga jutaan dollar. Ini hanya salah satu contoh mereka yang berjaya dalam hidup dan dihormati kerana menghormati dan menyakini keupayaan diri sendiri dan mengembangkan maklumat.

Batasan atau had keatas diri kita tidak ada siapa yang lakukan melainkan ciptaan diri sendiri. Akibatnya maklumat yang luas terbentang nampak sempit dan mustahil. Jadi, janganlah hairan hari ini segala apa yang mustahil, jijik dan tak masuk akal pada kita telah membawa perubahan besar kepada kehidupan orang lain.

Bila menyentuh tentang maklumat dan sikap yang mempunyai kaitan kukuh sebagai penentu kejayaan (success) dan ia menjadi jurang pemisah jelas antara mereka yang berjaya dengan yang gagal maka barangkali penyataan dibawah ini boleh dijadikan bahan fikir kita kali ini

" Successful People Do Things That Unsuccessful People Fail To Do "
(Orang yang berjaya melakukan kerja
yang gagal
dilakukan oleh orang yang tidak berjaya)

Jadi, jom kita tentukan pilihan dan sikap kita supaya kita tergolong dalam golongan yang tak ramai ini - BERJAYA.

Sampai disini ingat - "Indah Hidup Berjaya".

Ikhlas - Shukri

Tiada ulasan: