Salam sejahtera dan bertemu kembali hari ini.
Berjaya dan menikmati hasil kejayaan tidak semudah ungkapan dan keinginan kita kerana ia tidak datang dengan sendiri. Hasil kejayaan atau nikmat kejayaan itu adalah end product selepas berusaha keras. Maknanya, hasil dari tindakan yang betul barulah memberikan pulangan seperti yang diharapkan. Peluk tubuh, duduk sahaja, diam diri bukan jawapan. Kita mesti bersikap action oriented.
Tindakan atau action pula takkan muncul dengan tiba-tiba. Ia hanya berlaku bila ada satu kuasa yang menolak atau meransang iaitu semangat yang berkobar-kobar. Semakin kuat semangat maka semakin mantaplah daya ransangan untuk bertindak bagi mencapai hajat dihati atau matlamat.
Semangat juga tidak mungkin terjadi dengan sengaja atau tiba-tiba melainkan ada daya atau kekuatan yang menjadi bahan bakarnya. Bahan bakar tersebut tidak lain iaitu keazaman atau keinginan yang meluap-luap dihati.
Keazaman atau keinginan tidak akan menjadi ketetapan yang kukuh dihati jika tidak pernah muncul suatu keyakinan. Keyakinan tidak mungkin ujud jika harapan tidak terasa. Harapan mestilah menggunung yang benar-benar mengharapkan apa yang dilihat, dirasa dan dibayangkan akan menjadi kenyataan.
Harapan juga seperti yang lain tak mungkin tiba-tiba berputik melainkan ada pendorongnya. Pendorong yang dimaksudkan itu adalah MAKLUMAT. Maklumat mestilah betul, tepat dan benar. Maklumat adalah punca segala-galanya samada untuk menjadi baik ataupun buruk. Maklumat dari sumber yang betul lagi benar sahaja akan memberi jaminan kejayaan yang sebenar dan besar.
Justeru itu, maklumat mestilah benar, betul, tepat, kukuh dan mantap kerana ia pemula suatu kejayaan bagaikan benih yang akan menentukan nilai sepohon pokok.
Jom berjaya kerana berjaya itu manis, nikmat dan rahmat.
"Indah Hidup Berjaya".
Ikhlas - Shukri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan