Selamat Datang dan Terima Kasih kerana menjenguk ke blog Indah Hidup Berjaya ini. Blog ini akan menggunakan 2 bahasa perantara atau dwibahasa - Bahasa Malaysia dan English. Semua pengunjung blog 'Indah Hidup Berjaya' ini dialu-alukan untuk menjadi penyumbang kepada kandungan blog ini asalkan sumbangan itu bersifat membina, saling lengkap-melengkapi, saling tolong-menolong dan meringankan beban malah boleh memberi inspirasi dan panduan agar sesiapa juga yang membacanya akan mendapat manfaat.
Dalam nak buat kebaikan tu janganlah pula hendaknya terselit keburukan dan kebencian yang mengundang kemarahan sahabat kita yang lain. Harapnya isu-isu politik dan apa jua yang tidak menyenangkan, menyakitkan mohon dijauhkan dari terisi dalam blog ini.
Indah Hidup Berjaya - Adalah suatu perjalanan yang menuntut keteladanan dan perkongsian ikhlas dari mereka yang berjaya. Jika tidak success atau kejayaan itu hanya bersifat individu dan tidak berkembang seperti yang ia sepatutnya. Success atau kejayaan ada kayu pengukurnya. Tapi ukurannya tiada noktah. Atas sebab itu kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi (Success is a journey not a destiny). Kemanisan kejayaan pula terletak ketika proses mencipta kejayaan itu sedang berlaku. Pada ketika inilah ujian keterampilan, sikap dan sifat, keupayaan, kemahiran, potensi individu tersebut sedang diserlahkan. Dalam kata lain harga diri seseorang itu semakin hari semakin meningkat. Tak pandai menjadi pandai dan tak tahu menjadi tahu.
Bila sudah mencapai tujuan perjalanan atau apa yang dicari biar berapa besar niat dihati sekalipun akan tetap terasa bahawa masih ada ruang untuk dikembangkan atau diexplore lagi. Kenapa begitu? Adakah kerana kita sudah tamak? Walaupun ketamakan itu sifat semulajadi manusia tetapi kalau ia disalurkan dengan cara yang betul maka pulangan kepada yang berjaya itu teramatlah besar. Tidak kikir dan kedekut. Inilah tanda orang berjaya yang bersyukur. Sebagai ganjaran dan janji Allah, beliau bukan sahaja akan memperolehi suatu yang tangible tetapi yang intangible yang jauh-jauh lebih besar nilai dan makna yang turut diperolehi. Kalau yang sudah berjaya dan bergelumang dengan ketamakan, merasakan semuanya hanya milik aku dan buat apa nak kongsi-kongsi dengan orang lain, itu usaha dan titik peluh aku, siapa nak carilah sendiri, tu apa nak buat. 'Kejayaan' yang dikecapi itu lambat laun bakal menjadikan dia manusia baru yang dibenci dan dimusuhi.
Pada saya, kejayaan yang sebenar yang membawa kebahagian adalah bila mana hasilnya

- memiliki keadaan kesihatan yang optimum - mental dan fizikal
- mempunyai hubungan peribadi yang baik - ramai kawan dan tiada musuh
- menikmati kebebasan kewangan
- kita dapat tidur lena kerana ketenangan fikiran
- mengenal kebenaran diri - bertambah meningkat keterampilan dan potensi diri
Justeru itu, saya begitu optimis pada sahabat yang melayari blog ini adalah terdiri dari mereka yang baik-baik yang ingin membuat dan mencari kebaikan. Ya, biar kecil kejayaan atau hasil yang kita perolehi dari usaha kita tapi dikongsikan maka yang kecil itu besar nilainya - Ini adalah amal jariah dan amal soleh yang besar hitungan nilainya disisi Allah. Ini jauh lebih baik dari yang besar hasil kejayaan tapi orang lain tak boleh menumpang.
Jom kita mulakan perjalanan disini kerana "Indah Hidup Berjaya".
Ikhlas - Shukri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan