Selamat Datang dan Selamat Mengunjungi Blog Indah Hidup Berjaya

Saya harap kunjungan sahabat akan mendekatkan atau mengecilkan lagi jurang menuju kejayaan yang dicari selama ini. Komentar dan sumbangan sahabat teramat dihargai. Together We Succeed.

Rabu, 21 November 2007

Kuasa Tanggapan Orang Berjaya dan Gagal

Salam sejahtera dan bertemu kembali hari ini.

Saya berharap semua sahabat yang melawat ke blog Indah Hidup Berjaya ini, yang pertamanya sihat, kedua sedang giat berusaha menuju dan mencipta kejayaan demi mengukir sejarah keujudan diri sendiri dan yang ketiganya tenang, aman dan damai dalam kehidupan.

Mula bicara hari ini - "Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata", "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang". Kedua kata-kata tersebut menceritakan tentang sebab dan akibat yang berpunca dari pemerhatian dan pengalaman.

Begitu juga dengan pemerhatian dan pengalaman terhadap watak-watak dan tingkah laku mereka yang berjaya (success) dan yang gagal (failure). Terdapat perbezaan yang teramat bertentangan. Tanggapan dan persepsi mereka terhadap kehidupan terutama:
"Seeing is Believing" (nampak/tunjuk bukti baru percaya) biasa kita dengar, ini adalah kaedah seorang penakut, tiada keyakinan diri, sifat bergantung, beralasan dan selalunya orang gagal banyak menerima pakai ungkapan ini.

Bagi mereka yang berjaya adalah sebaliknya "Believing is Seeing" (nampak apa yang mereka percaya dan yakini), mereka selalunya seorang perekacipta, kreatif, peneroka dan pencorak warna masa depan. Keberanian mereka terserlah, keyakinan diri mereka tinggi, mereka berdikari dan mereka mencipta kejayaan.

Miskin kaya juga ditentukan oleh kerana tanggapan dan persepsi sebegini. "Rich people see things before it happen, poor people see things after it happen", hampir sama erti dengan yang diatas. Seorang motivator terkenal - Jim Rhon pernah juga menyebut perbezaan ketara antara manusia miskin dan kaya ini, katanya " rich people have big libraries, poor people have big television sets" (orang kaya memiliki perpustakaan yang besar, orang miskin memiliki peti television set yang besar).

Banyaklah lagi pemerhatian terhadap perbezaan yang membezakan antara manusia miskin dan kaya. Pada yang miskin dah tentu nak kaya dan yang gagal dah tentu nak berjaya. Miskin-kaya dan gagal-berjaya bukan perkara baru. Justeru itu, ilmu, kaedah, pendekatan dan cara untuk menjadi kaya-berjaya-bahagia tak pernah kering atau kehabisan. Terpulang kepada diri kita sendiri mahu atau tidak, bersedia atau tidak dan sanggup atau tidak.

Hari ini kalaulah kita kaya, berjaya dan bahagia kita bukanlah orang yang pertama menikmati nikmat Tuhan itu. Orang lain sudah mendahului kita. Jadi jangan sombong dan hiaslah peribadi dengan sebaiknya supaya kaya-berjaya dan bahagia itu benar-benar memberi makna kepada kita dan orang lain.

Hari ini kalau kita belum berjaya, kita tidak keseorangan dalam keadaan ini. Ramai lagi yang senasib dengan kita. Tapi harus kita ingat bahawa dihadapan kita sudah ada teladan dan contoh mereka yang kaya-berjaya dan bahagia untuk kita ikuti dan contohi. Terlambat! Jauh dari terlambat selagi hayat masih dikandung badan selagi itu kita berpeluang untuk menjadi kaya-berjaya dan bahagia.

Jadi apa lagi jom kita orak langkah, bulatkan tekad untuk kaya-berjaya dan bahagia.

"Indah Hidup Berjaya".

Ikhlas - Shukri

Tiada ulasan: